Sambal Hitam Pahang

Assalamualaikum,

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih kepada sahabat saya, Zue yang telah memperkenalkan saya dengan Sambal Hitam Pahang yang sangat sedap ni.

Pertama kali makan sambal hitam pahang yang original ni (bawang+cili+bilis+belimbing buluh) masa jumpa Zue kat kedai mamak (jumpa sebab rindu dan kebetulan dia ada urusan kat sini). Dia asalnya beli sambal hitam untuk diberi kepada abang Jijie (Kawan Zue masa belajar medic) tapi akhirnya saya yang makan. Pertama kali rasa terus jatuh cinta terus tanya dia beli kat mana.

Seminggu kemudian rasa nak lagi terus tempah 2 botol (satu tinggal kat rumah dan satu lagi bawa gi pejabat). Makan kat pejabat biasa la mesti la berjemaah. Masing-masing rasa sambal tu dan pakat suka. Terus tanya beli kat mana, haa apa lagi saya terus jadi dealer sambal.. di sini la bermulanya kerjaya sebagai saudagar sambal.

Sesiapa nak cuba sambal ni jangan segan silu email saya (sal_ihah123@live.com) atau tinggalkan comment kat entry  ni. Walaupun saya tahu blog ni tak la sepopuplar blog orang lain tapi mana la tau kan.. (Nak berniaga kena berusaha lain macam sikit).

Ohya, saya suka untuk kongsi apa yang saya rasa sedap dan baik untuk semua. Ok la sekian sahaja untuk kali ini. Daaaa

 

 

Advertisements