Persediaan Kenduri

Assalamualaikum… hari ni pukul 11 pagi keluar rumah menuju GM Klang dan seterusnya NSK klang mencari barang-barang untuk ‘siso’ ataupun cenderamata untuk majlis kahwin adikku pada 17hb 10 nanti.

Di bawah ini adalah hasil tangkapan untuk hari ini.

image

Cenderahati berupa tuala kecil yang siap digubah berharga RM330 untuk 500 biji. Jadi 66sen untuk sebiji. Asalnya 76sen sebiji jadi diskaun 10sen hehe.

image

Aku beli woven bag untuk isi barang-barang tersebut. Berharga RM70 untuk 500 helai. Jadi 14sen sehelai. Asalnya berharga 18sen sehelai. Jadi diskaun sebanyak 4sen hahaha.

image

Lepas pusing satu GM menuju ke NSK pula. Nasib tak baik terperangkap dalam kesesakan disebabkan lori rosak di tengah bulatan.

image

Kat GM hanya beli keropok sayangmee dan gula-gula susu. Erk macam tak cukup kena beli lagi nanti. Huhuhu.

image

Ni la barang2 yang dibeli

image

Ini la kedai yang jual barang-barang kahwin tu. Pemborong Sarang Haeyo nama kedainya. Ala ala Korea gituu 😛

image

image

image

image

Spageti

image

Mee Udon

image

Akhir sekali kami mengisi perut di restoran Murni dekat Seksyen 7. Belanja kawan makan sebab teman aku pusing Klang.

Sekian bye

Advertisements